Aku Beli Insta360 RS 1-Inch – Nak Kembangkan Bisnes Rakaman 360° Gaya Pro!
Assalamualaikum dan salam satu kepala!
Hari ni aku nak cerita sikit pasai satu investment paling berbaloi aku buat tahun ni – aku beli Insta360 RS 1-Inch Edition. Walaupun model ni dah 2 tahun lebih keluaq kat market, tapi aku rasa I should go for this model instead of X4 atau X5 (baru keluaq- agak mahai). Satgi hangpa tengok aku dok pusing-pusing kamera bukan main, bukan sebab nak jadi influencer semata, tapi aku nampak potensi besar nak kembangkan bisnes servis video 360° yang cinematic dan immersive.
Lagipun as former photographer juga videographer, ilmu photography videography serta video editing memang dah ada. Rugi kalau tak implement ke next level.
Kamera ni bukan main-main. Sensor 1-inch, hasil gambar dengan video dia memang tajam, warna cun, dan paling penting – boleh buat banyak servis yang orang dok cari la ni.
🎯 Tujuan Aku Beli Insta360 RS 1-Inch
Aku beli bukan sebab terikut trend. Tapi sebab aku nampak:
-
Ramai bisnes dok cari cara baru promosi kedai / homestay
-
Influencer & rider pun nak video POV yang cinematic
-
Dan video 360° la ni jadi tarikan utama untuk impress audience
📦 Apa Servis Yang Aku Plan Nak Buat?
Meh aku explain sikit antara servis yang aku dok prepare la ni:
🎥 1. Servis Rakaman 360° Profesional
Ni kira core service la. Aku pi lokasi – homestay, showroom, kedai, pejabat – dan aku rakam full 360° view. Lepas edit, video ni boleh guna untuk promosi sosial media, YouTube, atau dalam website.
🏠 2. Virtual Tour (360° Interaktif)
Kalau bisnes ada tempat fizikal macam showroom atau hartanah, aku boleh hasilkan virtual tour – orang boleh click & pusing sendiri dalam video tu, macam walk-through. Power kalau guna untuk agent hartanah, hotel, dan kedai.
🏍️ 3. POV Cinematic Experience
Yang ni khas untuk rider motor, travel vlog, atau aktiviti outdoor. Aku boleh buat rakaman gaya mata orang – smooth, cinematic, dan immersive. Sesuai la untuk influencer atau brand nak buat storytelling.
✂️ 4. Editing Servis – Rakaman Hang, Kami Edit!
Kalau ada yang dah rakam sendiri guna Insta360, tapi tak reti nak edit, takpa. Hantaq kat aku – aku buat edit siap-siap, tambah efek, tukar angle, reframe – bagi nampak cinematic.
Akan aku bantu edit video hangpa dalam Adobe After Effect juga Adobe Premiere Pro (Favourite tools nih) nak bagi video hangpa nampak lebih grand gitu…
🎓 5. Kelas & Latihan Guna Insta360 (Online/Offline)
Aku pun plan nak buat kelas – ajar orang guna Insta360 ni dari A sampai Z. Dari cara shoot, reframe, export, sampai la cara buat konten untuk brand sendiri. Online boleh, jumpa pun boleh.
🔥 Kenapa Aku Serius Dalam Bidang Ni?
Sebab aku nampak:
-
Ramai bisnes tempatan dok cari content fresh.
-
Platform macam TikTok, IG Reels, YouTube Shorts semua suka konten unik & immersive.
-
Teknologi 360 ni tak ramai kuasai lagi – siapa masuk awal, dia conquer dulu.
- Knowledge aku lebih 20 tahun dalam dunia photography juga videography.
🎯 Seterusnya?
Aku tengah setup semua landing page, Google Form, SOP, template — semua nampak pro. Nak pastikan bila customer mai, dia nampak kita serius, sistematik dan senang nak deal.
🧠 Penutup
Jadi, siapa yang nak:
-
Naikkan promosi kedai / homestay
-
Buat rakaman immersive 360°
-
Ada footage tapi tak tau nak edit
-
Atau nak belajar guna Insta360 ni
Mai kita sembang. Projek boleh mula bila-bila. Kamera dah standby, semangat pun dok membuak-buak!
🎥 Rakaman 360° – Bagi Pelanggan Rasa Macam Dia Ada Kat Sana Sendiri.