Trip to Ipoh

Trip to Ipoh

Bismillah!

Semalam as per set appointment dengan sahabat dari Negeri Sembilan. Aku ke Ipoh utk meet up dengan dia untuk aku bantu dalam Digital Marketing untuk Agensi Takaful beliau.

Nak drive, sorg2, tak padan pulak. better naik train dari Sungai Petani ke Ipoh. Train seawal jam 10.30 pagi, dijangka sampai pkl 12.30. Dari SP ke Ipoh, tambangnya RM45 sehala. Bila diconggak2 balik, lebih baik naik train jika p sorg. Tak la letih memandu.

Sampai je sana, kami p cari port untuk berbincang akan game plan yang bakal digunakan. So tak ada masalah untuk aku handle projek ni. Insyaallah boleh jalan dah ni. Minggu ni dah boleh start.

Masa nak balik, diantara benda yang menarik perhatian aku adalah besi berduri ni. Aku tau benda ni berusia puluhan tahun. Tapi aku tak yakin benda ni adalah asalnya part of decoration. Mesti ada kegunaan lain nih. Takpa. Nanti2 la aku pikiaq. sebab dah lewat dah sebenarnya ni. Aku nak ligan trip train pkl 4 nih. Sebab kalau aku termiss train ni, aku kena ambik train pkl 8 lebih pulak. mau melanggut 4 jam lebih tang tu… Jenuh.

Lagipun dah lama aku nak naik train waktu siang, aku nak tgk permandangan Tasik Merah pada masa sekarang. Sebab masa kecik2 dulu, memang keretapi lah transportation yang aku naik dari KL balik ke kg di Kedah. Maklum la masa tu Bas Ekspress tak ada lagi.

Walaupun abah selalu suka ambik train sebelah malam, aku suka permandangan keretapi jalan ditengah2 tasik tu. Jadi aku ambik video, send kat mak aku.

Bila mak tgk video ni, mak mula cerita kat kami dlm group wasap famili. Zaman aku kecik2 dulu. Naik train, senang kalau ada anak kecik. sebab boleh sangkut buai. Jadi, tak perlu la nak tangguk atau ayun buai, Semua automatik. hehehehehe.

Laluan lama hanya tinggal batu2 je. Kayu2 lapik dgn rel track dah tak ada dah. Dulu singgle track je ni. Mmg tak leh selisih.

So, Next project lps ni, Digital Marketing utk Founder Kosmetik pula.

Share this post