fbpx

Prudential BSN Takaful

Prudential BSN
Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB) adalah hasil usahasama 2 syarikat gergasi iaituPrudential Plc (Prudential) dan Bank Simpanan National (BSN). Ianya diberikan lesen Takaful oleh Bank Negara Malaysia pada 08.08.2006, dilancarkan oleh Tetamu Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Malaysia. Pemegang saham PBTB, BSN dan Prudential masing-masing memegang kepentingan 51 peratus dan 49 peratus dalam syarikat usaha sama tersebut.PruBSN mempunyai modal berbayar RM100 juta dan modal dibenarkan RM500 juta.
Syarikat usaha sama baru ini menawarkan rangkaian produk tabungan perlindungan dan pelaburan yang dirangka untuk memenuhi keperluan unik Bumiputera, yang merangkumi 60% daripada penduduk Malaysia. PBTB ialah syarikat Takaful pertama di Malaysia yang yang mengeluarkan produk Takaful/Insuran Kesihatan, Medical Card yang berlandaskan Syariahyang kini pilihan utama rakyat Malaysia, bumiputera khususnya. Medical Card adalah Kad Perubatan panel hospital swasta yang membantu membiayai kos rawatan peserta di hospital tersebut.
Kedua-dua rakan kongsi ini adalah jenama yang dipercayai. Prudential membawa keupayaan global yang kukuh dan pengalaman yang luas dalam bidang insurans – iaitu hampir 160 tahun di Eropah dan lebih 80 tahun di Malaysia – ke dalam perkongsian ini. BSN pula adalah sebuah institusi kewangan yang terkemuka dan dihormati di negara ini. PBTB juga akan memanfaatkan kepakaran pembangunan produk antarabangsa Prudential, yang merupakan pemimpin dalam pasaran insurans berkaitan pelaburan. Di samping itu, kami memiliki produk penyakit kritikal dan perubatan yang kami percaya amat menarik bagi pelanggan takaful. Usaha sama baru ini juga akan memanfaatkan tenaga agensi Prudential berjumlah 7,000 orang dan juga rangkaian 387 cawangan BSN.