Misi ke IJN

Hari ni as per planned dengan pihak IJN, Atif kena admit untuk 2nd operation. Seawal 4 pagi dah bangun, sebab nak kena ada di IJN sebelum pkl 9 pagi untuk admission. Memang kami selalu akan gerak pkl 4 pagi jika ada appointment disini. Jadi mmg akan sampai sblm pkl 9 pagi. Abang-abang dengan kakak dia, dah kami hantar balik kampung petang semlm. Budak-budak bawah 12 tahun yang bukan pesakit, TIDAK DIBENARKAN berada di IJN.

Memang aku agak cuak gak bila dok risaukan bab penginapan aku nanti. mmg dok harap dpt duduk dengan Atif di wad. Tapi la ni sebabkan Covid 19, polisi baru dikeluarkan oleh IJN. Dimana, hanya seorang sahaja yang boleh stay dalam wad.

Mau tak mau memang mama dia la yang kena dok dengan dia. Bukan apa, dalam wad tu pun ada orang pompuan lain juga. Takpa la, aku laki. boleh je dok tang mana pun. Dalam kereta pun boleh jadi.

Bila mama dia kena dok dengan Atif, mau tak mau aku kena standby. Nak dok hotel Putra, tak padan sebab nak mandi dengan tidoq ja. Nasib baik Dorm kat IJN ni boleh dok.

Malam ni tidoq dalam dorm. Nasib baik tinggai 1 katil je lagi. tapi tingkat atas. Takpa la. Janji dapat letakkan badan untuk hilangkan penat berjaga dari pkl 3 pagi tadi.

Dorm IJN ni bagus sangat-sangat sytem dia. Aku dapat katil 2 tingkat. Dok tingkat atas. Boleh la. RM10 je 1 malam. Katil bujang RM20. Bilik Famili RM50 untuk 1 malam. Nak dok hotel mcm tak padan. RM150+-. Baik dok DORM. Bilik mandi semua ada. Siap ada mesin basuh lagi.

Tetapi ada syarat. Check In hanya untuk 3 hari sahaja. Selepas hari ke-3, kena Check Out. Kalau nak extend, kena tunggu kecuali ada slot kosong. Depa nak bagi orang lain pun rasa juga terutama sekali yang kurang berkemampuan. Katil memang elok. Memang TERBAIKLAH!


Mama dia baru mesej. iPad dia baru habih bateri. Jadi, untuk menghiburkan hati, dia nyanyi dalam wad. sampai nurse gelak dengan kelaku dia. Yang paling penting, dia tak mau duduk saja, mesti nak kena berkawad dalam wad.

Doakan urusan adik Atif dipermudahkan.

Amin.