Menjejak atau buat tracking dengan Facebook Pixel

Menjejak atau buat tracking dengan Facebook Pixel

Apa itu Facebook Pixel?

Facebook Pixel ni adalah “sekeping” kecil kod yang PERLU anda letakkan ke laman web anda yang akan mengesan pelbagai aktiviti didalam laman web. Sekiranya anda biasa menggunakan Google Analytics, lebih kurang sama je dalam setiap aspek. Anda boleh meletakkan skrip yang pendek pada bahagian header setiap mukasurat dan anda boleh menjejaki paparan laman web, tambah pesanan, checkout, pembelian, dan pelbagai aktiviti berlaku didalam laman web. (Bagi pengguna WordPress, selalunya tak banyak kerja, kerana, plugin dah tersedia oleh pihak Facebook, untuk dipasang ke laman web masing-masing dengan hanya memasukkan sebaris kod pengesahan sahaja.)

Mengapa ini penting?
Pengesanan pengguna atau prospek anda yang bergerak aktif melalui laman web anda memberikan anda gambaran yang baik ke dalam tingkah laku (behaviour) dan flow laman web anda. Dengan menggunakan eCommerce, seperti WP EasyCart, anda dapat melihat produk mana yang mendapat perhatian dan klik.
Adakah pengguna atau pembeli menambah pembelian produk ke troli mereka?
Adakah pembeli memulakan proses pembayaran ?
Adakah pembeli akhirnya berjaya menyelesaikan pembelian?
Dan yang lebih penting, dari mana asalnya?

Dengan mengetahui dari mana pembelian anda dan pelanggan datang adalah satu “nikmat”, dan membantu anda untuk melabur lebih banyak duit dibahagian pemasaran (FB Ads) pada kawasan yang betul.

Bagaimana hendak mendapatkan Kod Facebook Pixel?

Mula-mula anda hanya perlu menekan link disebelah ni-> https: //www.facebook.com/business/a/facebook-pixel
Kemudian anda perlu buat Facebook Pixel yg baru, Selepas itu anda akan diberikan satu kod untuk diletakkan ke bahagian header theme laman wordpress anda.
Sebilangan besar theme wordpress membolehkan anda meletakkan tracking kod Google ke header page, tetapi anda juga boleh meletakkan dalam skrip Facebook Pixel.

Terdapat juga plugin-plugin terbaik yang membolehkan anda meletakkan kod tracikng dari google, facebook, dan lain-lain.
Saya menggunakan plugin IntellyWP untuk tujuan tracking Facebook Pixel saya -> https://intellywp.com/tracking-code-manager/

Setelah siap, semua maklumat laman web anda akan dihantar ke Facebook untuk tujuan tracking.

Apa tugas WP EasyCart Pixel?
Sekarang laman web anda dah pun dipasang alat pengesan untuk mengesan lebih banyak aktiviti, sebagai contoh pelanggan menambah barang ke troli, pelanggan membuat pembayaran, pelanggan menyelesaikan pembelian, dan aktiviti-aktiviti lain. Perhatikan juga kepada berapa banyak pembelian setelah pembayaran berjaya dibuat. Di sinilah EasyCart menjalankan tugasnya, dan apa yang perlu anda lakukan adalah pergi kebahagian setting -> third party dan masukkan ID Pixel Facebook anda.

Bagaimana rupa report Facebook Pixel?

Facebook memberikan paparan interface yang sangat mudah difahami dan menarik, yang memberikan anda maklumat akan statistik mengenai laman web, pendapatan dari laman web, dan lain-lain aktiviti. Sekarang anda boleh mula menganalisa lokasi pelanggan anda, iklan facebook mana yang menghasilkan trafik dan jualan, dan mula mempromosikan lebih banyak lagi dengan data yang tepat di platform yang sangat popular ini.

Mengesan aktiviti e-dagang secara langsung. Bukan hanya aktiviti laman utama web, tetapi aktiviti lain seperti add to cart, proses pembelian, check out, selesai buat pembelian dan lain-lain lagi.

Facebook Analisi menyediakan laporan hasil terbaik termasuk jumlah, pembelian, purata dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut, sila layari Facebook Business dan mulakan Facebook Pixel anda dalam Facebook Ads anda!

Share this post