Mengopi 2.0

Mengopi 2.0

Lama tak update blog.

Terlalu sibuk dengan tugasan harian. Asalnya aku nak jugak tulis mengenai event Mengopi 1.0, tapi dok tangguh2, last2 lupa mcm tu je.

Semlm dah berlangsung event Mengopi 2.0 bersama Usahawan  Pengasas Produk.

Untuk Mengopi 2.0 ni memang best sebab speaker2 yang mai tu pun bukan calang2 punya orang. (Serius rugi sapa tak mai semlm)

Pada mulanya, as usual tugasan aku adalah handle website sahaja. Kemudian Zack tanya aku, hang boleh handle video promo dak?

Aku jawab boleh. Boleh je nak buat kalau mau. Sebab memang “makanan” aku pun selain website :p

Dengan harapan Macbook Pro boleh handle task ni.

Tup2, dugaan sampai. Macbook tak leh cas. Tapi masih boleh jalan. cuma bateri tak masuk. Kerja dah separuh jalan ada dlm tu. Cepat2 aku buat backup ke HDD, kemudian ambik iMac yg dok dlm bilik Adif bawak masuk bilik atau studio aku.

So, by hook or by crook, aku kena siapkan tugasan2 semua ni, segala jenis backup untuk kelancaran program kena ada. sebab kita tak tau apa yang akan berlaku dalam majlis nanti. Penaja tak hantar video ke. at least aku buat siap2 video log untuk depa.

Montaj pula, banyak jugak yg aku buat utk diguna pakai semasa promosi, ,juga video untuk speaker2 naik stage semua tu KENA BUAT!

Jadi dalam penghasilan video pulak, aku kena standby dari segi software pulak. Jadi, utk task ni aku gunakan 2 main software, Adobe After Effect juga Adobe Premiere Pro. As back up, iMovie.

So far alhamdulillah. Dapat juga complete task yang dipertanggungjawabkan.

 

 

 

Share this post