Kelas Online : Basic FB Ads & Marketing Group 1 & 2

Kelas Online : Basic FB Ads & Marketing Group 1 & 2

Alhamdulillah.

Selesai sudah 3 hari kelas online Basic Facebook Ads & Marketing untuk ejen-ejen takaful.

Kelas terbahagi kepada 2 group.

Group pertama aku buat 2 hari iaitu Selasa & Rabu minggu lepas. 3 Jam setiap sessi.

Untuk Group kedua, aku buat sehari suntuk. iaitu full day Sabtu.

Alhamdulillah. respond yang sangat positif. Sebab ada yang dah join group pertama, nak join utk slot hari Sabtu.

Which is, sama je contentnya.

Apa yang aku ajaq adalah pemahaman tentang apa yang berlaku sebenarnya, macam mana nak guna. Selebihnya atas diri masing-masing untuk menjalankannya. Sebab aku selalu pesan dalam kelas, kita berurusan dengan manusia. Jadi jangan letak harapan yang melambung tinggi tentang sales semua tu.

Apa yang aku ajaq adalah base on case study sendiri, pemahanan, serta pengalaman aku khususnya dalam industri Takaful ni.

Share this post