fbpx

FWD Family First

Pelan takaful yang berbeza. Satu pelan untuk seisi keluarga!

Kehidupan kini berubah dengan pantas

Hari ini, kita tidak lagi membuat bayaran dengan wang tunai, menaiki kenderaan dengan orang yang tidak dikenali bukanlah sesuatu yang pelik dan kita lebih banyak meluangkan masa dengan telefon mudah alih daripada berinteraksi sesama sendiri.
Tetapi perubahan bukanlah sesuatu yang asing bagi anda. Sedar tak sedar, keluarga anda semakin berkembang. Semalam anda berdua, kini berempat.
Seiring dengan perjalanan hidup keluarga anda, kami faham keutamaan anda adalah untuk menjaga dan melindungi mereka.
Hal ini boleh memberi tekanan, jika anda bergantung kepada pelan takaful yang tidak mampu mengikuti perubahan hidup anda.
Kerana itu kami mencipta FWD Family First.
Pelan takaful pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga.
Kini, anda tidak perlu lagi membayar dan mengurus pelan bagi setiap individu untuk setiap ahli keluarga.
Ia eksibel seiring dengan perubahan dalam keluarga anda dan boleh disesuaikan untuk memastikan setiap ahli keluarga sentiasa dilindungi.

Dapatkan maklumat lanjut dan tawaran istimewa.

[contact-form-7 404 "Not Found"]

Penyakit Kritikal

Anda tidak pasti tentang perlindungan Penyakit Kritikal (CI)?
Berikut soalan-soalan lazim untuk pemahaman anda.

Apakah itu CI dan mengapa saya perlukannya?
Sekiranya anda diserang penyakit atau mengalami kecederaan yang serius, anda mungkin menghadapi masalah kewangan untuk membayar kos perubatan dan juga hilang pendapatan kerana terpaksa mengambil cuti. Perlindungan CI membantu anda dengan menyediakan bayaran sekali gus sekiranya anda dilindungi daripada kemalangan atau penyakit yang serius, supaya anda boleh memberi tumpuan kepada rawatan pemulihan.

Berapakah jumlah dilindungi yang saya perlukan?
Ia bergantung kepada:

  • Jumlah yang anda perlukan untuk menampung keluarga sekiranya anda hilang pendapatan
  • Saiz pinjaman anda dan lain-lain
  • Liabiliti kewangan anda
  • Jumlah yang anda ingin sumbangkan secara berkala
breast surgery

Adakah Pelan CI juga melindungi sebarang ketidakupayaan yang serius?
Ya, terdapat beberapa ketidakupayaan yang dilindungi, seperti kebutaan, menjadi bisu, pekak dan kehilangan upaya untuk berdikari.

Apakah perbezaan di antara perlindungan CI dan perlindungan Perubatan?
Perlindungan perubatan akan membayar kos perubatan langsung anda, tetapi mungkin terdapat had bagi jumlah yang dibayar, serta tiada jaminan untuk pembaharuan pelan anda bagi tahun berikutnya. Jikalau ada pun, anda perlu membayar sumbangan yang lebih tinggi. Kesannya, anda mungkin menanggung perbelanjaan yang tidak dijangka terutamanya untuk rawatan perubatan jangka panjang yang diperlukan.
Sebaliknya, perlindungan CI memberikan anda dana tambahan secara sekali gus, supaya anda boleh menangani kos yang tidak dijangka mengikut keperluan anda, seperti:

Untuk membayar perkhidmatan perubatan yang mungkin tidak tersedia, atau untuk rawatan yang tidak dilindungi oleh perlindungan perubatan anda.

Untuk kos sara hidup harian, membolehkan pesakit menumpukan masa dan tenaga mereka untuk pulih tanpa perlu bimbang tentang bil yang perlu dibayar.

Untuk menampung perbelanjaan bagi pengubahsuaian rumah untuk pesakit yang pergerakannya terjejas, kos pengangkutan (contohnya pergi dan pulang dari pusat perubatan) dan kos penjagaan jangka panjang.

Untuk memperoleh teknologi perubatan alternatif di luar negara termasuk mendapatkan pendapat perubatan kedua yang boleh meningkatkan peluang anda untuk pulih.

Bagaimana pelan ini berfungsi

FWD Family First adalah pelan takaful sumbangan berkala yang menawarkan perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga. Perlindungan untuk pelan ini boleh disesuaikan dengan perubahan yang berlaku dalam keluarga anda dari semasa ke semasa. Berikut adalah ilustrasi yang menghuraikan bagaimana pelan ini berfungsi:

Manfaat anda secara ringkas

Background

Had Lindungan Keluarga Anda

Sijil anda menyediakan perlindungan keseluruhan untuk keluarga anda bersamaan dengan

250%

daripada jumlah dilindungi.

Jumlah maksimum tuntutan yang boleh dibuat
FWD Family First melindungi beberapa keadaan penyakit kritikal utama dan ringan untuk keluarga dan menyediakan manfaat kematian terutama untuk ibu bapa. Manfaat dibayar melalui Dana Risiko Peserta (DRP) tertakluk kepada jumlah baki had lindungan keluarga. Di samping itu, sumbangan masa hadapan akan dikecualikan sekiranya salah seorang ibu bapa meninggal dunia.

Nota: Kami membayar RM25,000 atau 10% daripada jumlah dilindungi (yang mana lebih rendah) untuk angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari.

36 penyakit
kritikal utama

1X
100%

daripada jumlah dilindungi
akan dibayar

20 penyakit
kritikal kecil

2X
25%

daripada jumlah dilindungi
akan dibayar

manfaat kematiaan
jika salah seorang ibu
bapa meninggal dunia

100%

daripada jumlah dilindungi
akan dibayar

manfaat pengecualian
sumbangan jika salah
seorang ibu bapa
meninggal dunia

 

caruman berkala
di masa
hadapan dikecualikan

Apa dan siapa yang dilindungi di bawah manfaat kematian

Kami akan membayar amaun paling rendah dari yang berikut:

  • 100% daripada jumlah dilindungi; atau
  • baki jumlah had lindungan keluarga.

Kami akan membayar 100% daripada jumlah dilindungi jika salah seorang daripada ibu bapa yang dilindungi meninggal dunia semasa dilindungi oleh sijil anda.

Situasi di mana sumbangan masa hadapan dikecualikan

Kami akan mengecualikan semua sumbangan yang perlu dibayar dari tarikh kematian salah seorang daripada ibu bapa yang dilindungi. Kami akan mengecualikan secara automatik sumbangan masa hadapan apabila kami membayar manfaat kematian. Kami tidak akan membayar sebarang jumlah wang tunai di bawah manfaat ini.

Adakah pelan ini sesuai untuk anda

Jika anda menjawab ya kepada sekurang-kurangnya dua daripada senario yang dinyatakan di bawah, maka pelan ini sesuai untuk anda.

Maklumat penting


Keadaan Penyakit Kritikal Utama di bawah Pelan ini

  • Serangan jantung
  • Penyakit Alzheimer atau demensia yang teruk
  • Meningitis bakteria
  • Tumor otak benigna
  • Kebutaan
  • Pembedahan otak
  • Kanser
  • Kardiomiopati
  • Anemia aplastik kronik
  • Koma
  • Pembedahan pintasan arteri koronari
  • Pekak
  • Ensefalitis
  • Kegagalan hati peringkat akhir
  • Penyakit paru-paru peringkat akhir
  • AIDS penuh
  • Virus hepatitis fulminan
  • Pembedahan injap jantung
  • Jangkitan HIV akibat pemindahan darah
  • Kegagalan buah pinggang
  • Kehilangan upaya untuk berdikari
  • Menjadi bisu
  • Kecederaan kepala teruk
  • Pemindahan organ utama atau sumsum tulang
  • Penyakit neuron motor
  • Sklerosis berbilang
  • Distro otot (lebih daripada umur 11 sahaja)
  • Lumpuh anggota badan
  • Penyakit parkinson
  • Hipertensi arteri primer pulmonari
  • Penyakit arteri koronari serius
  • Strok
  • Pembedahan aorta
  • Sistemik
  • Lupus
  • Erythematosus dengan komplikasi buah pinggang yang teruk
  • Penyakit terminal
  • Lecur tahap tiga


Keadaan Penyakit Kritikal Ringan di bawah Pelan ini

  • Serangan jantung
  • Tumor otak benigna
  • Kebutaan
  • Kanser dan karsinoma-in-situ
  • Koma
  • Lain-lain penyakit arteri koronari serius
  • Hilang pendengaran atau pekak
  • Penyakit hati kronik
  • Penyakit paru-paru kronik
  • Pembedahan injap jantung
  • Kegagalan buah pinggang
  • Kecederaan kepala utama
  • Pemindahan organ utama
  • Lumpuh atau paraplegia
  • Penyakit parkinson
  • Hipertensi arteri sekunder pulmonari
  • Strok
  • Pembedahan aorta
  • Luka bakar teruk
  • Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari

Bila kami tidak akan membayar sebarang manfaat
Di FWD, kami tidak percaya dengan senarai klausa yang panjang lagi tersembunyi yang menghalang kami daripada membayar manfaat kepada anda sekiranya berlaku penyakit kritikal. Jadi kami telah meringkaskan senarai pengecualian kami kepada hanya 3 kriteria:
 
[table id=3 /]

Bagaimana kami memastikan pelan ini patuh syariah
1. Kami menguruskan sumbangan anda dan operasi takaful kami berdasarkan kontrak Syariah wakalah, dan dipantau oleh jawatankuasa Syariah kami.
Takaful adalah satu skim saling bantu membantu berdasarkan semangat persaudaraan dan solidariti di mana anda dan peserta lain bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dari segi kewangan jika salah seorang daripada anda mengalami kehilangan tertentu.

2. Sumbangan yang anda bayar untuk perlindungan di bawah sijil anda adalah tertakluk kepada yuran wakalah.
Wakalah adalah perlantikan oleh satu pihak kepada yang lain untuk bertindak bagi pihaknya.

 
3. Kami membayar sumbangan anda, ditolak yuran wakalah, ke dalam dana risiko peserta (PRF) kami sebagai tabarru’. Dana di dalam PRF akan digunakan untuk membayar manfaat kepada pihak yang berhak mendapat manfaat berdasarkan:

  • perpaduan persaudaraan dan tolong-menolong di kalangan peserta; dan
  • tertakluk kepada semua terma dan syarat dalam sijil ini.

Tabarru’ adalah derma untuk tujuan takaful.

 
Jika nilai PRF tidak mencukupi untuk membayar tuntutan, maka kami akan membayar Qard yang merupakan pinjaman tanpa faedah kepada PRF. Sekiranya PRF menunjukkan prestasi yang baik, kami akan menerima ganjaran 50% daripada lebihan sebagai Ju’alah dan baki 50% akan diagihkan kepada peserta.
Jika anda berubah fikiran
Jika anda tidak berpuas hati dengan sijil anda, dan anda belum membuat tuntutan di bawahnya, anda mempunyai 15 hari dari tarikh penerimaan sijil anda untuk membatalkannya dan menerima kembali sumbangan anda, ditolak perbelanjaan perubatan (jika ada).
Kelayakan untuk penyertaan begitu mudah
Semua keluarga yang mempunyai anak atau tidak.
[table id=8 /]
Nota: Umur merujuk umur hari lahir seterusnya.
Berapakah jumlah sumbangan anda
Sumbangan anda bergantung kepada kriteria berikut:
[table id=9 /]
Sebagai petunjuk pasangan tidak merokok berusia 24 tahun akan menyumbang RM147 setiap bulan untuk jumlah dilindungi RM100,000 untuk 50 tahun.
Berapakah caj wakalah
[table id=10 /]
*Caj ini adalah berdasarkan sijil dengan tempoh 20 tahun dan lebih. Untuk sijil jangka pendek caj yang lebih rendah akan dikenakan.
Nota Penting

  1. Risalah ini tidak membentuk kontrak antara anda dan FWD Takaful Berhad. Terma dan syarat lengkap dinyatakan dalam dokumen sijil.
  2. Anda layak mendapat pelepasan cukai individu apabila anda menyertai pelan ini, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
  3. Jika anda menghentikan bayaran sumbangan anda, sijil anda akan luput selepas tempoh tangguh 60 hari.
  4. Di bawah pelan ini, tiada manfaat akan dibayar selepas penamatan atau pada tarikh matang, jadi anda perlu memastikan anda berpuas hati bahawa pelan ini memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar merupakan jumlah yang anda mampu bayar.
  5. Sijil FWD Family First bukanlah produk simpanan atau pelaburan. Anda tidak akan menerima apa-apa wang dari sijil ini selain dari manfaat penyakit kritikal dan kematian.
  6. Untuk maklumat lanjut mengenai yuran, caj dan butiran produk lain, sila rujuk kepada Risalah Pemberitahuan Produk dan Ilustrasi Manfaat yang dikeluarkan oleh ejen kami.