Facebook akan membuang bahagian JOB mulai 22 Feb 2022 – Ini yang anda perlu tahu tentang update terbaharu yang dilakukan.

Facebook akan membuang bahagian JOB mulai 22 Feb 2022 – Ini yang anda perlu tahu tentang update terbaharu yang dilakukan.

APA?! nak remove fungsi JOB dalam Facebook? Biar betoi?!

Sebenarnya saya cukup suka fungsi ni sebab ini adalah bahagian dimana saya membuat recruitment untuk diri sendiri atau agensi-agensi takaful yang mengupah saya untuk digital marketing mereka dalam recruitment.

Fungsi JOB di Facebook akan buang pada 22 Februari 2022. “Job” Facebook ialah ciri yang membenarkan perniagaan menyiarkan kekosongan jawatan di halaman mereka secara PERCUMA, yang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang melawat halaman tersebut dan turut dipaparkan pada wall pengguna FB yang telah ‘like’ page tersebut, ini memudahkan proses mencari kerja untuk orang ramai. Walau bagaimanapun, ciri ini akan dibuang dari bulan Februari 2022, oleh itu, berikut adalah semua yang anda perlu ketahui tentang kemas kini baharu.

Apa yang berubah?

  • Facebook Group yang sedia ada dengan jenis group “JOBS” akan ditukar kepada jenis group “Umum” dan jenis kumpulan “Pekerjaan” tidak akan tersedia lagi.
  • Keupayaan untuk mengagihkan JOBS secara percuma melalui integrasi  dengan API Jobs on Facebook tidak akan tersedia lagi.
  • Jobs di Facebook tidak lagi tersedia di aplikasi Facebook Lite atau laman web mudah alih Facebook (m.facebook.com/jobs) untuk kedua-dua pihak iaitu pihak majikan dan pencari kerja.
  • Server bahagian Jobs di Facebook akan dimansuhkan.
  • Fungsi ini dibuang untuk pengguna-pengguna di luar Amerika Syarikat dan Kanada.

Apa yang tidak berubah?

Majikan di Amerika Syarikat dan Kanada boleh terus menggunakan featuress Jobs di Facebook untuk publish jawatan kosong di Fan Page mereka secara percuma pada aplikasi Facebook dan laman web Facebook (www.facebook.com).

Mereka juga boleh memilih untuk upgrade post jawatan kosong mereka sebagai iklan.

Majikan di Amerika Syarikat dan Kanada akan dapat mengurus permohonan kerja mereka dan melihat butiran tentang semua jawatan kosong mereka melalui bahagian Inbox atau bahagian Jobs di fan page masing-masing.

untuk yang mengikuti Kelas Facebook Ads Player 2.0, boleh klik disini.

Share this post