CARA BELI LANGGAN INSURANS TAKAFUL I-LINDUNG KWSP GUNA I-AKAUN KWSP

CARA BELI LANGGAN INSURANS TAKAFUL I-LINDUNG KWSP GUNA I-AKAUN KWSP

Sekiranya anda merupakan ahli KWSP, kini KWSP telah memperkenalkan i-Lindung kepada ahli-ahlinya. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan i-lindung KWSP, semoga membantu.

APA ITU i-LINDUNG KWSP

i-Lindung adalah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) untuk memberi kemudahan bagi pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli yang membenarkan ahli untuk melakukan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membeli produk insurans dan menyertai produk takaful dari syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan oleh KWSP.

SYARAT KELAYAKAN i-LINDUNG

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Mempunyai baki yang mencukupi di dalam Akaun 2;
  • Warganegara Malaysia; dan
  • Pengguna i-Akaun (Ahli).

CIRI-CIRI UTAMA i-LINDUNG

Berikut adalah merupakan ciri-ciri utama i-lindung:

  1. Proses yang lancar
    • Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa keperluan pemeriksaan kesihatan
  2. Sebut harga serta-merta
    • Dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan secara dalam talian
  3. Pusat maklumat
    • Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan
  4. Paparan keseluruhan
    • Memaparkan maklumat berkaitan polisi/ sijil yang dibeli secara keseluruhan
  5. Bila-bila masa dan di mana sahaja
    • Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua

JENIS PERLINDUNGAN i-LINDUNG

Perlindungan yang ditawarkan di bawah i-Lindung terdiri daripada perlindungan hayat dan penyakit kritikal dengan perlindungan yang ditawarkan adalah selama 1 tahun.

KADAR HARGA PRODUK i-LINDUNG

Premium/sumbangan adalah bergantung kepada SIT dan produk yang dipilih. Faktor-faktor yang akan menentukan harga adalah tertakluk kepada:

  • Umur (umur pada hari jadi berikutnya/umur pada hari jadi terakhir bergantung pada SIT)
  • Jantina
  • Status perokok (jika ada)
  • Jumlah perlindungan yang dipilih semasa permohonan.

CARA PERMOHONAN i-LINDUNG KWSP

Kepada ahli yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan i-Akaun (Ahli)
  2. Log masuk akaun dengan menggunakan User ID dan kata laluan anda
  3. Pada menu utama klik pada tab i-Lindung
  4. Kemudian pilih produk yang ditawarkan oleh SIT
  5. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan di portal SIT
  6. Sahkan kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP
  7. Penerimaan penyata maklumat dari SIT.
  8. Selesai

SOALAN LAZIM (FAQ) i-LINDUNG

Bolehkah saya membeli produk di bawah i-Lindung dengan ejen insurans/takaful?

  • Tidak, pembelian produk di bawah i-Lindung hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli).\

Bolehkah saya membeli produk yang ditawarkan di bawah i-Lindung untuk pasangan dan anak-anak saya?

  • Buat masa ini, ahli hanya boleh membeli untuk diri sendiri sahaja.

Adakah produk yang ditawarkan di bawah i-Lindung layak menikmati pelepasan cukai?

  • Ya, premium/sumbangan yang ditolak daripada Akaun KWSP anda layak mendapat pelepasan cukai, seperti yang ditetapkan di dalam peraturan cukai Malaysia semasa dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai i-Lindung, anda boleh layari website rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Share this post