fbpx

SEDIAKAN HADIAH BUAT KELUARGA

SEDIAKAN HADIAH BUAT KELUARGA

 
Keratan akhbar Harian Metro hari ini. 23 Nov 2020
Kami sangat berbesar hati dalam menjalankan amanah yang ditinggalkan oleh arwah kepada kami selaku wakil takaful untuk arwah.
Amanah yang ditinggalkan untuk keluarga yang TAK DIJANGKA.
Betul perumpamaan “Jodoh, pertemuan, ajal, maut ditangan tuhan”. Tiada sesiapa yang boleh menjangkakan apa yang akan berlaku esok hari. Kerana ianya adalah Rahsia Allah.
Persediaan untuk sesuatu yang tidak dijangka adalah yang terbaik.
Klik disini untuk anda SEDIAKAN HADIAH kepada keluarga anda!

Hadiah besar arwah suami

Port Dickson: “Pemergian suami secara mengejut akibat kemalangan ketika anak-anak sedang membesar bukan sesuatu yang mudah diterima,” kata ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai, Ida, 42, di rumahnya, semalam.
Katanya, dia bagaimanapun menerima kejutan semalam apabila dikunjungi wakil syarikat insurans bagi menyerahkan sejumlah wang RM414,302 dianggap ‘hadiah’ dari arwah suaminya yang sudah tiada.
“Bagi saya ini satu kejutan kerana tidak menyangka dia ada membuat caruman insurans diri. Ini pastinya amat membantu kami lima beranak walaupun saya mempunyai pekerjaan tetap.
“Suami meninggal dunia pada pagi 5 Mac lalu selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah syarikat swasta,” kata ibu kepada empat orang anak berusia empat hingga 17 tahun ini.
Ida berkata, memang berat ujian Allah SWT kerana arwah suami ‘pergi’ di saat anak-anak mula membesar dan memerlukan perhatian.
“Saya benar-benar tidak tahu arwah ada membuat caruman insurans. Saya akan gunakan wang ini untuk pendidikan anak-anak.
“Sebelum ini ada wakil syarikat insurans menghubungi saya memaklumkan suami ada mencarum, tetapi tidak memaklumkan jumlahnya.
“Memang saya terharu hari ini (semalam) apabila dikunjungi wakil syarikat insurans dan memberitahu arwah ada meninggalkan sejumlah wang yang agak banyak selepas mencarum tidak sampai dua tahun,” katanya yang berasal dari Ajil, Terengganu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 8:01 AM

Share this post