Bagaimana Hendak Mencipta Cerita Dengan Iklan Carousel Facebook dan Instagram

Bagaimana Hendak Mencipta Cerita Dengan Iklan Carousel Facebook dan Instagram

Ingin pastikan iklan anda lebih menonjol di Facebook dan Instagram?

Pernahkah anda mencuba Iklan Karusel?

Walaupun banyak perniagaan menggunakan Iklan Karusel semata-mata untuk mempromosikan produk, iklan tersebut juga memberikan peluang yang baik untuk mempamerkan keunikkan jenama anda.

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi bagaimana hendak menggunakan teknik bercerita dalam iklan Karusel bagi mempromosikan produk anda dan lebih menonjol dari pesaing anda.

# 1: Perhatian Kepada Imej Pertama

Peraturan pertama dalam bercerita (pengiklanan), harus dimulakan dengan sesuatu yang kukuh. Pastikan imej pertama dalam siri iklan karusel anda menarik dan masuk akal.

Kadang, pembaca tak scroll semua imej yang dipaparkan didalam instagram, tetapi anda hendak mesej yang diletak itu sampai kepada pembaca. Jika tidak, mesej yang anda sampaikan tu akan mengelirukan pembaca dan buang masa.

Sebagai contoh, dalam iklan karusel #ActYourAge, imej pertama lebih menonjol.

Pastikan imej yang pertama dalam paparan anda menarik perhatian.

Kebiasaannya mereka akan menggunakan latar belakang putih, dan ianya sangat berbeza dari foto biasa dan terdapat beberapa keping gambar seorang lelaki yang sedang beraksi yang akan membawa anda berinteraksi dengan imej-imej karusel yang lain. Gambar tersebut adalah gambar yang dirakam secara spontan, dan ia akan terus membawa pembaca untuk membaca ayat di bawah: “Dump your parents’ car insurance company. #ActYourAge. ”

Walaupun mesej didalam imej pertama anda tidak berapa kuat, ia sudah cukup untuk membawa pembaca hingga ke imej terakhir.

# 2: Jadikan ianya boleh swipe

Swipe ni boleh dikatakan sebagai salah satu elemen cara untuk memastikan pembaca terus membaca hingga akhir. Cara untuk mengekalkan interaksi dengan pembaca.

Sebaik sahaja pembaca berinteraksi dengan imej pertama, ia akan menggalakkan penglibatan yang berterusan dengan imej sterusnya. Ini memberikan pendedahan jenama anda lebih banyak dan trafik meningkat.

Cuba lihat iklan karusel dibawah, oleh Tesco Foods. Ia akan menggalakkan maklumbalas dari pembaca yang memaksa mereka tak boleh berhenti dari swipe imej untuk melihat keseluruhan gambar atau maklumat. Ini adalah contoh yang terbaik untuk menarik pembaca melalui cerita dan imej yang sangat menarik.

Uji konsep ini untuk jenama anda. Gunakan perisian seperti Photoshop (atau lain-lain program reka bentuk kegemaran anda) untuk memotong imej secara berasingan.

# 3: Mencipta Adegan atau babak

Kaitkan pembaca anda dengan membangkitkan emosi pada bahagian-bahagian yang penting di dalam bercerita. Berikan konsep yang diperlukan untuk pembaca merasakan seperti mereka berada bersama-sama dengan anda. Bawa mereka di tempat suasana yang disampaikan.

Pilih foto dengan teliti dengan membuat imej untuk iklan karusel. Kemudian tulis ayat-ayat  untuk menarik perhatian pembaca anda.

Siri TV Wet Hot American Summer melakukannya dengan baik membawa pembaca merasakan diri mereka berada di Camp Firewood. Gambar menunjukkan watak-watak yang melepak dan melakukan aktiviti dengan rakan-rakan mereka. Tambahan pula, imej dan ulasan menarik hingga para pembaca merasakan diri mereka turut berada disana.

Lebih mudah untuk menetapkan adegan apabila anda mengiklankan sesuatu dengan plot, seperti rancangan televisyen atau filem. Bagaimanapun, untuk produk dan perkhidmatan, perhatikan bagaimana jenama anda sesuai dengan kehidupan pembaca atau bakal pelanggan anda.

Sebagai contoh, jika anda mengiklankan baju, jangan hanya memaparkan imejnya, fikirkan tentang jangkahayat baju itu. Bermula dari dalam bungkusan kemudian dipakai lepas tu dibasuh untuk dipakai berkali-kali kemudiannya dipinjamkan kepada kawan-kawan, dan lain-lain idea lagi. Foto yang dipamerkan akan bercerita mengikut plot, yang boleh membangkitkan emosi kepada pembaca anda.

# 4: Fikirkan Kesinambungan

Susunan penyampaian adalah penting untuk kefahaman dalam cerita. Susunan imej yang diedit memberikan impak kepada cerita dalam iklan anda. Membantu menggerakkan pembaca anda melalui cerita anda.

Dibahagian Showtime anda boleh menggabungkan turutan imej seperti didalam iklan terbaru Penny Dreadful musim kedua. Dengan hanya empat gambar, anda boleh bercerita tentang seorang lelaki yang sedang berlari. Dia menembak seseorang, mengucapkan selamat tinggal kepada teman wanitanya dan berlari ke sebuah gereja.

HARUS diingat, bahawa turutan ini tidak semestinya bermaksud turutan kronologi. Ia hanya bermakna setiap aktiviti yang disampaikan membawa kepada maklumbalas dari pembaca.

# 5: Menggabungkan Pelbagai Visual

Dalam videografi, visual dirakam dalam pelbagai sudut pandangan dari lokasi yang berbeza, sudut, jarak dan sebagainya. Pilih imej untuk membina cerita dan visual.

Sebagai contoh, iklan jeans dari Target, setiap rakaman mempunyai peranan dalam penyampaian maklumat. Ia membawa pembaca ke design studio dan memaparkan jenis seluar jeans yang dibuat.

Kebanyakan rakaman menunjukkan beberapa imej yang dirakam ditempat kejadian. Ini adalah sesuatu yang boleh anda lakukan dengan mudah dengan iklan karusel.

# 6: Permilihan Platform

Tidak kira apa jua cerita yang anda sampaikan, jika anda mahu menonjol, fikirkan saluran terlebih dahulu. Lihat penonton platform, sama ada Facebook atau Instagram, dan apa yang mereka harapkan daripada anda. Kemudian design bentuk iklan yang “boleh bercakap” dengan mereka.

Sebagai contoh, akaun Instagram Buick yang memaparkan iklan-iklan tentang perkhidmatan pemantauan ujian 24 jam. Foto yang digunakan sangat cantik (WAJIB di Instagram), dan ia menggunakan filter foto yang popular. Buick juga memanfaatkan beberapa kategori kandungan teratas yang menerima banyak engagement dengan pembaca di Instagram: (fesyen dan kecergasan).

Mencipta cerita disaluran yang betul akan meningkatkan penglibatan dengan target pembaca anda.

# 7: Pastikan Penonton Anda Mahukan Lagi

Jika ada tempat untuk melanggar peraturan bercerita, caranya adalah: jangan beri kesimpulan atau penutup. Daripada menawarkan penamat cerita, “umpan” pengguna untuk mengklik butang “ketahui lebih lanjut” atau next, sehingga mereka dapat “menamatkan” cerita di Landing Page anda.

Sebagai contoh, Sour Patch Slurpee membawa penonton melalui empat imej pertama cerita Sour Patch Kid. Banyak kegembiraan dipaparkan agar pembaca mahu melihat apa lagi sambungannya. Selepas mereka menekan butang “Learn More”, mereka dibawa ke landing page yang menyampaikan maklumat jualan kepada pembaca. Landing page khas ini meminta pengguna untuk berkongsi #SPKSlurpeeSelfies mereka.

Tujuan iklan karusel adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan. Walau bagaimanapun, matlamat utama adalah untuk mendapatkan penonton untuk meneruskan pembacaan dan klik Landing Page. Apabila ini berlaku, anda telah mewujudkan hubungan dan mungkin dapat maklumat pembaca anda.

Akhir Kata

Jika anda ingin membina iklan karusel terbaik, mulakan dengan mencipta cerita menarik yang membawa pembaca anda sepanjang perjalanan penceritaan.

Apa pendapat anda? Adakah anda menggunakan bercerita dalam iklan karusel anda? Teknik apa yang paling berkesan? Iklan jenama mana yang benar-benar menonjol? Sila berkongsi pendapat anda di bahagian komen di bawah.

Izam

Related Posts
Leave a reply
What is the capital of Kedah ?