fbpx

Kos pelan perubatan di M'sia naik 17.3%

Kos pelan perubatan di M'sia naik 17.3%

od2llx0
Penyediaan rawatan perubatan kepada kakitangan bagi syarikat di Malaysia akan menyaksikan kos tambahan sekitar 17.3 peratus tahun ini berbanding 2015, menurut kajian yang dijalankan.
Badan penyelidikan firma perkhidmatan profesional, Mercer March Benefits menjangka Malaysia bakal mengalami lonjakan kedua terbesar di kalangan 11 negara dalam rantau Asia.
“Penyakit jantung, kanser dan masalah pernafasan terus meningkatkan kos penjagaan kesihatan,” kata Mercer March Benefits.
Malaysia berada dalam kedudukan kedua selepas Vietnam dengan kos bagi syarikat untuk menyediakan rawatan perubatan kepada kakitangan dijangka melonjak 19.3 peratus tahun ini berbanding 2015.
Pada kadar lebih 17 peratus, jangkaan peningkatan kos penyediaan rawatan perubatan kepada pekerja di Malaysia hampir dua kali ganda berbanding kenaikan purata global sebanyak 9.8 peratus.
Purata serantau pula adalah 11.5 peratus.
Di Asia, kebanyakan tuntutan rawatan perubatan adalah berkenaan penyakit sistem peredaran darah, kanser, masalah pernafasan dan penyakit berkaitan usus.
Kajian Mercer March Benefits telah dijalankan ke atas 180 pelanggan insurans di 49 negara antara Februari hingga Mei 2016.
link asal :-> http://www.malaysiakini.com/news/358891

Share this post