‘Bantulah anak kami’


‘Bantulah anak kami’

GEORGETOWN: Seorang remaja perempuan memerlukan sumbangan bagi membiayai kos rawatan dan pembedahan jantung berlubang yang dihidapinya sejak berusia lapan bulan.

[wdsm_ad id=”2288″ class=” ” ]

Mira Natasya Suria, 19, dari Taman Seri Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, dekat sini, memerlukan sumbangan segera berjumlah RM45,000 bagi membiayai pembedahan jantung berlubang dalam tempoh terdekat.

Bapa remaja itu, Suria Sudin, 43, peniaga kuih, berkata penyakit anak sulungnya dik esan ketika mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak berusia lapan bulan. “Walaupun sudah menjalani dua pembedahan sejak berusia dua tahun pada 1994 dan 1998 bagi memasukkan tiub sesalur darah di Hospital Pantai dan Ampang Puteri, Kuala Lumpur, namun keadaannya semakin teruk,” katanya.

Menurutnya, kos itu diperlukan bagi menutup saluran jantung, membesarkan sesalur darah, menggantikan injap tiruan dan tiub sesalur darah yang rosak di Hospital Gleneagles, di sini.

Katanya, dengan pendapatannya kira-kira RM600 sebulan ia tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan dan pembedahan Mira Natasya apatah lagi isterinya, Zuraini Redzuan, 43, dan anak keduanya, Mira Mardiana, 17, pelajar tingkatan lima menghidap penyakit Thalasemia.

“Saya hanya menerima bantuan menerusi Skim Bantuan Am untuk kos rawatan Mira Natasya daripada Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Barat Daya RM135 sebulan,” katanya.

Suria berkata, keadaan kesihatan Mira Natasya kini semakin tidak menentu dan sering sakit. termasuk batuk berpanjangan manakala bibir, kuku jari tangan dan kaki menjadi kebiru-biruan.

Katanya, anak sulungnya itu turut dimasukkan ke HPP tahun lalu kerana mengalami beberapa implikasi kesihatan kesan daripada kelewatan menjadi pembedahan.

“Saya berharap orang ramai membantu kami membiayai kos rawatan dan pembedahan sekali gus memberi harapan kepada Mira Natasya untuk pulih,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh memasukkan wang ke akaun Maybank 107077358216 atau menghubungi talian 012-5029395.

[wdsm_ad id=”2298″ class=” ” ]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *