Demi jantung anakku

Demi jantung anakku

Georgetown: Dua bayi dan seorang kanak-kanak lelaki memerlukan RM115,000 bagi menampung kos rawatan pembedahan penyakit jantung dihidapi mereka.

Puteri Nur Arissa Muhammad Zakee, bayi berusia dua bulan mempunyai masalah penyakit jantung kongenital kompleks yang dikenali sebagai truncus arterious.
Bapa bayi itu, Muhammad Zakee Abdul Wahid, 32, berkata, masalah dihadapi anaknya berpunca daripada kegagalan dua arteri utama iaitu aorta dan arteri pulmonari berpisah sepenuhnya dalam menjalankan fungsi masing-masing.

“Saya bimbang dengan keadaannya sekarang dan doktor menyarankan segera melakukan pembedahan. Bantuan orang ramai amat diharapkan untuk memberi peluang kepada Arissa meneruskan kehidupan secara normal.

image
ROHANI mendukung Adam manakala Lee Thiam bersama anaknya.

“Anak saya memerlukan RM50,000 untuk rawatan pembedahan secepat mungkin sebelum dia berusia tiga tahun,” katanya.