fbpx

Landasan positif industri takaful

Landasan positif industri takaful

Kuala Lumpur: Persatuan Takaful Malaysia (MTA) optimis untuk mencatatkan peningkatan dua angka tahun ini dalam jumlah kutipan sumbangan takaful bersandarkan prestasi positif ekonomi negara, penambahan ejen pemain industrinya dan penawaran pelbagai produk kepada pelanggan.
Tahun lalu, industri takaful Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan kutipan sumbangan sebanyak RM5.5 bilion yang mana takaful am menyumbang RM1.9 bilion dan selebihnya daripada segmen keluarga.

Beliau berkata, pihaknya optimis industri takaful mampu mencatatkan lebih 13 peratus tahun ini memandangkan situasi ekonomi lebih positif dan kesan sedikit peningkatan inflasi dijangka tidak memberi kesan kepada industri berkenaan.

FotoWAN Azman (kiri) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF, Daud Vicary Abdullah (kanan) menandatangani MoU.

“Kami yakin dengan 11 pemain industri takaful sedia ada di negara ini akan lebih agresif untuk menawarkan produk perlindungan kepada pelanggan sekali gus meningkatkan penguasaan pasaran takaful berbanding konvensional.
“Selain itu, penambahan ejen takaful juga memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan industri yang sehingga kini, kita mempunyai lebih 100,000 ejen berbanding 85,000 ejen tahun lalu,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Global University of Islamic Finance, INCEIF di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/18

Share this post