Hampir semua rakyat Malaysia dalam MH370 miliki insurans hayat


Hampir semua rakyat Malaysia dalam MH370 miliki insurans hayat

KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata 47 daripada 50 rakyat Malaysia dalam pesawat malang MH370, memiliki polisi insurans.

Ia meliputi 38 penumpang dan 12 anak kapal, dengan polisi insurans hayat dari 14 syarikat di Malaysia.

Presiden LIAM Vincent Kwo berkata kira-kira enam rakyat asing turut diinsuranskan dengan syarikat anggota LIAM.

“Ahli keluarga atau waris pemegang polisi boleh menghubungi LIAM di 03-26916628 atau e-mel liaminfo@liam.org.my, jika mereka mahu mengetahui syarikat insurans yang melindungi orang kesayangan mereka,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, AIA Bhd berkata ia akan menghubungi keluarga pemegang polisi.

“Kami memberi jaminan kepada keluarga terbabit bahawa kami akan menghubungi mereka untuk menyegerakan proses tuntutan insurans hayat dalam tempoh 24 jam akan datang.

“Waris juga boleh menghubungi 1300-88-8860/70 untuk bantuan atau e-mel members@aia.com,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Lisle.
Pesawat MH370 hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Dalam sidang akhbar malam tadi, Perdana Menteri mengumumkan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dikesan berakhir di selatan Lautan Hindi.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *