fbpx

Bapa kudung risaukan masa depan anak

Bapa kudung risaukan masa depan anak

TANAH MERAH: Seorang bapa kepada enam anak risau memikirkan masa depan keluarga selepas kehilangan kedua-dua tangan termasuk dalam mesin getah ketika bekerja di sebuah kilang getah, di sini.
Dalam kejadian 20 Februari lalu itu, tangan kiri Abdul Hadi Daud, 53, terpaksa dipotong di pergelangan tanganmanakala tangan kiri dipotong di tapak tangan.
Mangsa dari Kampung Kemahang, di sini, berkata kejadian berlaku ketika dia sedang memasukkan kepingan getah seberat lima kilogram ke dalam mesin berkenaan sebelum tangannya turut tertarik sama.
Menurutnya, dia tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu menjerit kesakitan sebelum dapat menarik semula tangannya yang sudah terkulai dan hanya terlekat pada urat.
Katanya, ketika itu, dia masih menahan kesakitan dan menjerit meminta bantuan rakan hanya seorang berani membantu kerana takut melihat darah berlumuran sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM).
“Sebelum kejadian, saya bertugas shif malam mulai jam 4.30 petang hingga jam 1 pagi bersama lapan rakan setugas.
“Ketika itu, saya menjaga mesin paling akhir memasukkan kepingan getah sebelum tiba-tiba tangan saya tertarik dan tersepit,” katanya.
Menurutnya, dia sudah bekerja di kilang itu sejak 1992 dan bersyukur cepat melepaskan tangannya kerana jika terlambat mungkin nyawanya turut melayang.
Menurutnya, kini dia risau mengenai perbelanjaan keluarga memandangkan lima anaknya masih belajar dan hanya anak sulung sudah bekerja sebagai anggota polis di Kuala Lumpur.
“Lima anak saya masih belajar termasuk dua di institusi pengajian tinggi (IPT) manakala anak bongsu berusia lima tahun.
“Isteri hanya suri rumah dan kini mengharapkan bantuan anak sulung yang sudah bekerja,” katanya ketika ditemui di HTM, semalam.
Menurutnya, sejak dirawat di HTM, hanya sekali majikan melawat dan memberi RM300.
“Saya kini tidak mengetahui status saya termasuk sama ada layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Saya berharap majikan dapat mempercepatkan proses mendapatkan pampasan kerana saya kini tidak mempunyai punca pendapatan bagi menyara keluarga,” katanya.
Tiada daya dan Kekuatan Melainkan
Dengan Kekuasaan
Allah Yang Maha Tinggi Dan
Maha Berkuasa Besar .

Share this post