fbpx

Pemegang polisi insurans meningkat di Kelantan

Pemegang polisi insurans meningkat di Kelantan

KOTA BHARU — Pemegang polisi insurans AmLife Insurans di Kelantan menunjukkan peningkatan ketara berbanding 10 tahun yang lepas, berikutan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya memuiliki polisi insurans.
Penolong Pengurus Agensi AmLife Insurans Kelantan, Zainab Hassan berkata, 6,000 pemegang polisi yang bernaung di bawah syarikat itu direkodkan pada tahun lepas berbanding kira-kira 1,000 orang 10 tahun lepas.
“Kita juga mencatatkan pungutan pembaharuan polisi RM37 juta pada tahun lepas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 di sini, hari ini, selepas menyerahkan wang pampasan kepada seorang guru, Rahimabivi Omar Hathab yang kematian suaminya pada tahun lalu.
Zainab berkata, kesedaran orang ramai mengenai kepentingan memiliki insurans peribadi menyumbang kepada peningkatan pemegang polisi di negeri ini.
“Dahulu, semua orang fikir membeli insurans tidak berfaedah kerana hanya melabur tanpa mendapat sebarang manfaat, namun, persepsi itu telah berubah dan ramai yang telah menjadi pemegang polisi insurans.
“Ia adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang bagus kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan menjadi pemegang polisi,” katanya. — BERNAMA

Share this post