Seorang freelancer untuk kerja-kerja seperti mereka laman web, grafik, multimedia, fotografi, melukis komik juga membekal domain serta hosting untuk syarikat-syarikat swasta, kerajaan juga orang-orang persendirian.
Juga seorang tutor untuk Asas Photoshop, Asas HTML, Joomla juga Wordpress untuk kakitangan kerajaan. Jika memerlukan perkhidmatan saya, sila hubungi saya.
Hari ni ambik beberapa shot kat Eastin Hotel sempena International Women’s Day anjuran Kanita (USM).
VVIP yg sepatutnya mai tak jadi mai iaitu Isteri Raja Perlis.
Ni antara beberapa shot yg sempat aku ambik.
Kaih la ambik gambaq, tak larat nak tahan senyum dah nih…
Salah satu shot yg paling aku suka pada gambar nih. The portrait of the girl.
Event : Maulidul Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Permai 2010.
Video Youtube yg aku try buat dgn iMovie… senang gila guna benda ni utk keja2 slideshow mcm nih… berbanding task yg berat2 yg perlu guna After Effect atau Premiere.
Aaaaaa… sebut pasai After Effect & Premiere… satu lagi job besaq yg kesuntukan masa utk dipublishkan. Atas arahan client, ianya tak leh didedahkan. But big function next week.
Get the flash player here: http://www.adobe.com/flashplayer
Setelah sekian lama tak buat design, hari ni aku sempat buat skit… cedok2 idea sana sini… hahahahaha.
Cerita yg tak best sekali la ni kalau nak upload atau update blog aku dah tak leh buat kat ofis dah. Haram betui puak2 IT ni… depa blok plak laman web aku. Yg geng depa main Farmville atau menorrent tu takpa la plak… cilakak betui barua besaq sekoq tuh.
Semlm aku kesian kat mem yg dok rasa bosan dok kat rumah, so kami plak tak ada apa2 plan, so, 4 beranak kami p la tgk apa yg ada kat taman rama-rama ni. Syiok gak masa memula masuk tgk rama-rama. Adif pada mulanya agak takut dgn rama-rama yang banyak terbang sana sini. Tapi lama-lama ok la dia. Not bad gak. Tapi nak balik agak seksa skit. Sebab Hindu ada acara apa ntah kat Teluk Bahang. Depa buat Chap Gomoi kot… hahahaha… Kat Padang Kota pulak jem gak… Cina buat Chap Go Meh…
Get the flash player here: http://www.adobe.com/flashplayer
Mem p meeting kat USM, aku dgn Muhammad Adif p melewaq dlm tu gak… tgk ada kempen keselamatan jalan raya kat situ. Not Bad… aku dgn Adif p layan bebudak main go-kart… hihihi… lagipun nak try buat motion sekali :p
Sebelah pagi hari ni kami menerima tetamu yang boleh dikatakan datang dari jauh. Kemungkinan dalam 100KM. Tetamu yang datang dari Alor Setar ke Pulau Pinang.
Tujuan keluarga ini datang, adalah kerana hendak mengambil wang insurans atas kematian sianak yang juga seorang ibu kepada kanak2 yang masih lagi kecil iaitu berusia dalam 2 ke 3 tahun.
Dalam majlis yang tak rasmi ni, walaupun singkat, ianya agak menyentuh hati juga bila sibapa mula mengalirkan air mata bila dia dinamakan sebagai penama untuk menerima wang insurans.
Walaupun tak banyak, tapi rasanya dapat juga membantu keluarga untuk menyara sikecil yang masih perlukan kasih sayang siibu.
Siibu meninggal kerana denggi juga jangkitan kuman. Aku sempat jumpa arwah 2 minggu sblm beliau meninggal. Agak kasihan juga aku tgk keadaan beliau yg mengagahi diri untuk ke tempat kerja bagi menerangkan keadaan kesihatan dirinya.