9 Tools Terbaik untuk hasilkan imej Visual di Media Social.

9 Tools Terbaik untuk hasilkan imej Visual di Media Social.

Adakah anda ingin menciptakan visual untuk media sosial anda yang nampak ala-ala profesional?

Adakah anda mencari tools atau software yang mesra bajet?

Kandungan visual dapat meningkatkan “kewujudan” anda di media sosial dan menyokong penjenamaan anda.

Dalam artikel ini, anda akan ketahui yang adanya sembilan tools atau software percuma untuk membantu anda membuat visual content yang menarik untuk profil media sosial anda.

# 1: Mulakan Dengan Imej Berkualiti Tinggi, Imej Royalty Free

Kini terdapat berpuluh-puluh sumber imej percuma di luar sana. Pexels dan Unsplash kedua-duanya menawarkan beribu-ribu imej resolusi tinggi secara percuma dan tanpa bayaran. Unsplash memberi tumpuan lebih kepada landskap, manakala Pexels memberi tumpuan kepada koleksi perniagaan dan teknologi.

Dengan Pexels, anda mendapat akses kepada imej besar resolusi tinggi yang sempurna untuk artikel blog, header, slideshow, atau pos media sosial. Anda boleh memuat turun dan menyiarkan sebarang imej Pexels secara percuma.

Muat turun imej beresolusi tinggi yang lebih besar daripada yang anda perlukan dan kemudian rezsize semula dalam editor foto anda.

Pexels juga boleh dikatakan sebagai tapak himpunan, jadi mereka mengumpul imej percuma daripada pembekal imej percuma yang lain. Ini menjadikannya sumber sehenti yang hebat.

# 2: Cari Tema Warna yang Sempurna

Adobe Color CC (dahulunya dikenali sebagai Adobe Kuler) adalah pencari warna tema percuma keluaran Adobe, yang membantu anda menentukan warna pelengkap untuk visual content anda.

Mula-mula, paste kod hex warna yang diingini ke salah satu daripada lima kotak warna di bawah roda warna. Kemudian, pilih Complementary atau Triad dari menu drop-down Color Rule di sebelah kiri atas untuk mencari warna yang paling sesuai dengan warna tersebut.

Adobe Color CC juga membolehkan anda meletakkan imej dan secara automatik ia akan mengenal pasti empat warna utama. Ini membantu dengan memilih warna font, contrasting overlays, dan ikon di dalam pos anda.

# 3: Guna Pre-made Ikon

Dengan Flaticon, anda mendapat akses percuma ke lebih daripada 144,130 (semakin bertambah) ikon PNG.

Mencari ikon e-mel untuk iklan Facebook atau imej Twitter? Anda boleh memilih lebih daripada 1,300 ikon e-mel dan menyesuaikan warna dan saiznya.

Mencari untuk membuat infographic, iklan kartun, atau imej Twitter?

Pilih daripada lebih 1,800 ikon “Avatar”.

Koleksi Flaticon amat berguna apabila anda perlu membuat pos visual yang khusus untuk webinar, podcast, presentation, dan sebagainya.

# 4: Mendapatkan Warna Optimal yang sesuai

ColorZilla adalah plugin Google Chrome yang membolehkan anda melihat kod hex, RGB, nama rasmi, dan gredient untuk sebarang warna dalam tetingkap browser. Gunakan fungsi Color Picker untuk mencari warna yang terbaik untuk butang call-to-action atau meniru reka bentuk yang sediaada.

Alat ini secara automatik menyalin kod hex mana-mana warna “yang dipilih” ke clipboard anda, menjadikan reka bentuk visual anda lebih menarik.

# 5: Cari Kombinasi Font Terbaik

Anda tidak perlu menjadi seorang pakar dalam font. Dengan Femmebot, anda boleh mengakses 25 bahagian kombinasi font daripada pakar font dan lihat bagaimana gabungan ini kelihatan didalam grafik dan imej.

Femmebot adalah tempat yang terbaik untuk mulakan visual content anda. Lepas anda masuk, anda akan dapat kombinasi font yang paling menarik untuk anda (dan penonton anda).

# 6: Masukkan Semua ke dalam Visual Content Tools

Sekarang anda mempunyai tools untuk visual anda, anda perlukan platform untuk membuat isi kandungan; yang membantu anda membuat sesuatu yang kelihatan seperti ia direka oleh pereka grafik profesional.

Di bawah ini adalah contoh mudah dari post media sosial yang terbaik dari Buffer.

Mari kita lihat samaada kita boleh merekanya dengan menggunakan platform visual content percuma atau tidak: Canva, Google Drawings, dan PicMonkey.

Mereka Dengan Canva

Canva dicipta untuk membantu visual content media sosial anda. Oleh itu, ia adalah alat yang memberi anda hasil yang hebat dengan cepat. Anda mendapat akses ke template pos media sosial yang ditetapkan dengan teks preload yang mudah diedit.

Canva mempunyai banyak elemen didalamnya. Ia menawarkan template imej media sosial pre-made, termasuk susun atur yang membuat penciptaan kandungan dengan cepat dan mudah.

Nota: Invest dalam pelan “Canva for Work” Canva ($ 10 / bulan yang dibayar setiap tahun) membolehkan anda menyimpan warna, logo dan font jenama anda, mengubah saiz reka bentuk anda untuk kegunaan pelbagai platform, mencipta template berjenama, dan berkongsi semua di antara team anda.

Versi percuma, bagaimanapun, adalah lebih daripada cukup untuk kebanyakan perniagaan kecil dan pengurus media sosial. Oleh itu, adalah lebih baik menggunakan versi percuma ini sebelum upgrade ke versi berbayar.

Mula Dengan Google Drawings

Google Drawings adalah platform visual content yang sering diabaikan kerana ia merupakan sebahagian daripada suite Google Drive. Atau besar kemungkinan ianya tak diendahkan langsung. Walaupun pembelajarannya lebih cerewet daripada platform lain, Google Drawings sebenarnya merupakan salah satu alat yang terbaik apabila anda tahu apa yang hendak anda lakukan.

Anda akan mendapat akses lebih daripada 500+ font dan pelbagai bahan menarik untuk visual content anda. Distribute Tools dan Align Tools memudahkan anda untuk membuat grafik simetri dengan sempurna. Ia adalah percuma.

Nota: Jika anda menggunakan Google Drawings untuk visual media sosial anda, anda perlu menetapkan saiz halaman secara manual. Anda boleh rujuk maklumat dibawah:

Saiz foto Facebook:

  • Foto header – 828 x 464
  • Foto profil – 360 x 360
  • Imej pautan – 1200 x 628
  • Pos foto – 940 x 788

Saiz foto Twitter:

  • Foto Header – 1500 x 500
  • Foto profil – 500 x 500
  • Foto yang disukai – 1024 x 500+

Saiz foto Instagram:

  • Foto profil – 180 x 180
  • Pos foto – 1080 x 1080

Menghasilkan imej cantik dengan PicMonkey

Walaupun PicMonkey boleh dikategorikan sebagai sebahagian dari imej editor, ia juga dapat memberikan hasil yang berkualiti untuk visual media sosial.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara diantara versi percuma dan berbayar.

PicMonkey membolehkan anda memadankan font atau sempadan dengan mudah dan padankan pada salah satu warna dalam imej latarbelakang anda. Ia juga alat penyuntingan imej yang hebat.

Font adalah terhad dalam versi percuma dan sebahagian besar ada pada versi berbayar, iaitu $ 4.99 sebulan.

Berikut adalah contoh post Twitter dengan gaya yang sedikit berbeza daripada yang sebelum ini. Grafik ini dibuat menggunakan Flaticon, Google Drawings, Femmebot, dan ColorZilla.

Jika anda ingin mencari tools yang paling sesuai dengan visual yang akan anda buat. Canva adalah pilihan yang terbaik jika anda membuat pemasaran di beberapa platform sekaligus dan perlu membuat banyak isi kandungan, Google Drawings sangat bagus untuk grafik yang lebih rumit atau jika anda mempunyai banyak penglibatan berkumpulan. PicMonkey sangat baik untuk digunakan dalam media sosial.

Kesimpulannya

Sama ada anda bekerja dengan video, GIF, infografik, slideshow, atau post, visual content adalah elemen penting untuk mana-mana pelan pemasaran di media sosial. Alat percuma ini dapat membantu anda meningkatkan kesedaran dan penglibatan jenama.

Apa pendapat anda? Pernahkah anda mencuba mana-mana tools visual ini? Alat yang paling sesuai untuk anda? Sila berkongsi pemikiran anda dengan komen di bawah!

Izam

Related Posts
Leave a reply
What is the capital of Kedah ?